Wednesday, February 9, 2011

Sebaknya baca citer ni sob sob...

19-November-2010
Pagi.
Aku ke opis pada jam 8.10 dari hospital, Abangku menggantikan aku untuk menjaga Aliff pada masa itu kerana
ibunya ke sekolah.
Pada pagi itu.. Aliff kelihat agak lemah.. sewaktu aku mandi pun Aliff tidak seperti biasa.. kebiasaannya bila
aku/ibunya tidak ada dari penglihatannya.. pastinya dia akan memanggil… “abahhh come!!”
Sehingga aku dah bersiap pun Aliff hanya diam di katil.. pada jam 7.45-8pg.. aku bersarapan dengan Aliff, tapi dia hanya melihat sahaja.. & Aliff hanya meminum air masak.
Ibunya sampai di hospital pada jam 10.52 pagi..
11.42 pagi, Aliff kelihatan agak ceria.. & mula respon pada ibunya.. pagi itu.. Aliff memberitahu ibunya.. “Aliff nak makan donat”.. agak gembira aku mendengar berita itu.. mungkin Aliff dah nak sihat..


Petang, balik dari opis aku terus ke hospital menjenguknya.. petang itu aku menjenguknya sekejap.. kerana aku perlu ke rumah abangku malam nanti..

Aliff bersama ibunya hingga ke malam.. aku ke rumah abangku untuk mengambil barang… ketika ini.. hujan sangasangat lebat..

Jam 9.pm Isteriku menelefon & memberitahu heart rate & blood pressure Aliff agak tidak setabil.. & doctor membuat keputusan untuk membawanya ke ICU semula.

Aku terus menghala ke hospital..
Semasa sampai, Aliff masih di Peds 6.. staff & nurse sedang bersiap-siap untuk membawanya ke ICU. Semasa aku tiba, Aliff terjaga dari tidurnya, sempatla aku bercakap dengannya walaupun dia hanya mengganguk sahaja.. berikutan agak lama menunggu pangilan bahagian ICU, Aliff di bawa semula ke wad, pada masa itu kedaan menjadi
agak cemas, secara tiba-tiba BP & HR & tahap oksigen Aliff menurun… selepas diberikan bantuan bekalan oksigen keadaan dia kembali stabil, walaupun Aliff agak tidak selesa dengan tiub oksigen berada di hidungya.. aku & isteri memujuknya untuk terus menggunakan bekalan oksigen.. dalam beberapa minit selepas itu.. Aliff terlena..


Kira2 jam 3.00 pagi… Aliff di bawa ke ICU.. doctor merawatnya seketika bagi memastikan Aliff stabil.. doctor memasukkan ventilator utk membantu Aliff bernafas. Selain itu..ada 8-9 machine utk antibiotic & lain2 ubat untuk Aliff..

bermula pada saat ini aliff tidak lagi sedar kerana bius.
Aku & isteri berjaga sehingga jam 5-6pg..


20hb-November-2010
Pagi
Semasa di ICU.. keadaan dia masih tidak menentu.. ada kalanya BP ok. HR tak
ok. Aliff menggunakan vibration ventilator bagi membantu pencairan kahak di
dadanya.. result x-ray menunjukkan terdapat kesan pengumpulan kahak &
doctor mengesahkan berlakunya pembiakan virus pada paru-parunya
(pneumonia).


Petang
Keadaan Aliff masih seperti pagi. Ada masanya keadaannya ok.. dan ada
kalanya tidak.. pada masa ini kami amat risau & rasa tidak tentu arah.
Malam


P a g e 12
Masih di ICU, Keadaan Aliff bertambah ok.. mengikut doctor yang bertugas.. keadaannya ok tapi masih lemah.. dan semua berharap agar dia bertambah ok… aku berulang alik dari dalam bilik icu keluar tempat menunggu.. agak berat untuk aku tinggalkan dia di bilik icu.. tapi di atas nasihat doktor Aliff sebaiknya di biarkan berehat di biliknya..
jadi aku hanya berulang-alik dari tempat menunggu ke bilik icu..


Bermula jam 10.30pm apa yang aku lihat pada machine menunjukkan Aliff kembali ok.. HR/BP/O2, semua bacaan
machine menunjukkan status yang ok.. Cuma HR agak tinggi iaitu 160-170…
Dalam jam 11-12mlm aku menunggu Aliff di tempat menunggu bersama ibunya… dan aku tertidur di situ..


21hb- Nov-2010 bersamaan 14 Zulhijjah 1431H
Aku dikejutkan oleh isteriku sekitar jam 8pg.. agak lena kami tidur semalam kerana aku sangkakan Aliff juga
bertambah ok.. namun pada pagi itu aku dikejutkan oleh isteriku kerana

“Aliff dah buka mata tapi BP rendah!!”….
pada mulanya aku rasa gembira kerana mendengar isteriku memberitahu yang Aliff dah buka mata… Dalam keadaan masih separa sedar itu, terus aku mencuci muka dan masuk ke bilik icu untuk menjeguk Aliff..
Pada masa itu… doctor & beberapa orang nurse sudahpun berada di bilik Aliff… perasaan gembira aku bertukar resah… pasti sesuatu yang tak kena.. setelah berdiri di pintu seketika… keadaan bertambah cemas… seorang nurse
di situ membawa emergency kit masuk ke bilik Aliff.. pada saat itu.. sangkaan ku memang benar… Aliff sebenarnya agak kritikal… nurse menyuruhku untuk keluar & tidak mengizinkan aku berdiri dari situ.. namun aku tidak rela lagi
berganjak dari situ walaupun sesaat.. aku tahu, Aliff memerlukan aku & isteri untuk terus berada di situ… saat itu.


Air mata mula membasahi… aku dan isteri tetap berdiri disitu..
Dapat ku lihat doctor mula member renjatan pada dada aliff untuk membantu jantungnya.. setelah cubaan sebanyak 2 kali… ia tetap tidak berhasil. Aku lihat seorang lagi doctor cuba melakukan CPR ke dadanya….


Tiba tiba salah seorang doctor yang berada di bilik Aliff keluar dan memberitau.. “ I think we couldn’t make it.. u get in, stay & spent your time with him” kata-kata itu cukup memberitahuku keadaanya..
Aku dan isteri terus ke arahnya dengan hati yang resah & sayu, selang 10-15minit tok” & tokwan, paklong,maklong, paksu & maksunya sampai bersama kakaknya.. Ainur Humairaa.
Saat itu.. amat memilukan…. Hanya doa buatnya.. sejurus selesai neneknya membacakan Yassin, Aliff semakin hampir untuk pergi.… aku, ibunya & kakaknya terus berada disisinya memegang tangannya dengan erat, kukucup
dahinya & aku cuba kuatkan semangatnya untuk bertahan.. agak berat untuk aku melepaskannya pergi.. ketika
saat-saat akhir itu.. dengan kuasa & izin Allah s.w.t, walaupun Aliff dalam full bius, sepatutnya dia tidak sedarkan diri mahupun berkata-kata..namun pada masa itu jelas kelihatan bibirnya berkata sesuatu, walaupun tiada sebarang suara kedengaran.. namun aku yakin.. melalui pergerakan bibirnya itu..dia menyebut sesuatu yang sangat indah buat kami sekeluarga.. di akhir pergerakkan bibirnya aku rasakan seolah-olah.. dia menyebut
“bye
bye ibu & bye bye abah”..
sesudah itu.. Aliff pun selamat ke rahmatullah.. Ya Allah..
Jam 10.08minit 14 Zulhijjah 1431H.... Aliff di sahkan
telahpun kembali ke rahmatullah.. arwah telahpun pergi
dengan tenang & aman…
Dalam kesedihan yang tidak dapat di gambarkan, namun
aku & keluarga redha dengan ketentuan-Nya.. hanya doa
yang dapat ku iringi buat anak tercinta Aliff
Hakimi…………………. aku redha dengan apa jua qadar &
qadarMu.. Aku bersyukur kerna Aliff ditetapkanMu sebagai
salah seorang ahli SyurgaMu..


P a g e 13
Selesai semua urusan hospital.. jenazah di bawa keluar dari PPUM pada 11.45pg.
Jenazah terus dibawa ke Surau Al-Falaq Seksyen 6. Kota Damansara, setiba di sana.. semuanya telahpun bersedia menunggu ketibaan jenazah.. saudara mara, jiran-jiran & sahabat-sahabat sudahpun menanti.. Aku dan ibunya turut bersama-sama dengan iman & ustaz memandikan jenazah.. di saat itu….. “Allah hu akhbar!!”… hanya tuhan yang tahu perasanku.. kulihat sekujur tubuh seorang anak yang ku jaga & yang aku sayang selama ini, kini berada di depanku dan sudah tidak lagi bernyawa.. sesekali melihat wajahnya sejuta kenangan datang ke benak mindaku…..
Selesai memandikan jenazah.. arwah di kafankan.. selesai semuanya sekitar jam 1ptg.. arwah di letakkan di dalam perkarangan surau untuk diziarah buat kali yang terakhir oleh ahli keluarga, saudara mara & para sahabat.. pada masa itu.. kesedihan menyelubungi kami sekeluarga.. selepas di mandi & di kafankan, ku lihat arwah tinggi orangnya.. selama hampir setahun arwah tidak berdiri tegak.. & pada hari ini.. arwah tegak & kelihatan
sudah tinggi.. wajahnya berseri-seri.. mata & mulutnya tertutup rapat..
Solat jenazah dilakukan sejurus selepas solat zohor..
Sesudah solat jenazah.. arwah terus dibawa ke tanah perkuburan Sek.9
Kota Damansara Barat.


Jasad allahyarham Aliff Hakimi Bin Mohd Hafiz Nor selamat
disemadikan pada jam 2petang..
Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi arwah. Dengan
kehendakNya Aliff dilahirkan ke dunia ini & dari kententuaNya
juga Aliff di kembalikan. Ya Allah Kau cucurilah roh Aliff Hakimi
dengan rahmat-Mu, tempatkanlah dia di SyurgaMu yang
terindah. Golongkan rohnya dikalangan orang-orang yang
dikasihiMu semoga Aliff mendapat kegembiran & ketenangan
di syurgaMu.


Segala yang kita ada pada hari ini adalah hak mutlak Ilahi.
Selagi kita berkesempatan dengan nikmat & pemberianNya di dunia, syukurilah dengan setiap apa yang di
anugerahi-Nya
Amin,


Allahyarham Aliff Hakimi Bin Mohd Hafiz Nor
[2hb March 2007 – 21hb November 2010]


Aku ada full version page 1 till 13..sapa yg nk baca sila pm aku
seyes. speechless baca citer ni ...sedu sedan baca...
noorulainm@maybank.com.my


ps: hadiah semua sudah di pos maybe lambat smpi sbb pki pos biasa =)



Tuesday, February 1, 2011

Pemenang "I love My Family Contest 2011"

Hai kengkawan semua... sowi lambat sesgt nk announce saper pemenang contest 'I Love My Family 2011". Hari ni nama jek dh CNY mood tapi keje tak menang tgn nk settlekan... semlm penat gak dok berdiskusi dgn hubby yg mana satu paling layak menang... sbbnya semua contestant creatip2... yg ni best... yg ni menarik.. dok tanya.." yang ... blog yg ni pun best gak... Yang... blog sipolan pun menarik gak.. ...alamak Yang.. yg lagi best... "
last2 sebab memikirkan dari beberapa segi... kami sepakat mengumumkan blog Ai yg paling best berdasarkan sbb2 dia sygkan family dia...
eventho dia berjalan ke mana sajer.... Family still no 1!!! **blog lain pun citer benda sama tapi ntahla kenapa laki aku jatuh hati gak dgn Ai nyer blog...

Selain dari pemenang utama..kami dgn baik hati juga ingin memberikan hadiah sagu hati +jantung +limpa +paru semua utk tempat ke 2 dan ke 3 terbaik... Tahniah kepada yg berjaya dpt yer...
1. Little Fingers
2.Mummy Ila


Kepada yg tk berjaya ...jgn la berkecil hati esspecially pada kawan terchenta ku yg sanggup submit last minute... El si Mak Yong Vouge...nanti cuba lagi di contest2 akan dtg......adios amigos... muah muahs...

**pemenang....sila emailkan detail di bawak ke babyjayscloset@gmail.com
1Ai Mak Andam Da Vass- sila berikan size t -shirt utk baju ladies Ed Hardy, size kasut Suami, size kasut anda + size baju anak **sowang jek... 2.Little Fingers - sila berikan size kasut anda +suami anda
3.Mummy Ila - sila berikan size kasut anda / atau suami anda + anak anda atau size baju anak anda


hadiah anda akan di pos secepat yg mungkin...